Daerah Kubang Pasu

Daerah Kubang Pasu merupakan Daerah yang terletak paling hujung di Negeri Kedah Darul Aman

Majlis Daerah Kubang Pasu

Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu,06000,Jitra,Kedah Darul Aman

Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia terletak di Sintok,Daerah Kubang Pasu

Dewan Wawasan,Daerah Kubang Pasu

Dewan Wawasan merupakan Dewan yang terbesar di Daerah Kubang Pasu.

Tasik Darul Aman

Tasik Buatan manusia yang terbesar di Daerah Kubang Pasu

Rabu, 26 Disember 2012

MDKP kini di Android!


Dalam usaha untuk menggunakan teknologi semasa,Majlis Daerah Kubang Pasu kini dalam peringkat percubaan untuk menggunapakai aplikasi android sebagai medium informasi kepada semua penduduk dalam Daerah Kubang Pasu.

Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi ini melalui link berikut :

http://t.co/K6zoTFgE


Lawatan Daripada Prik Munacipality Office,Sadao,Thailand.


Pada 10 Disember 2012 yang lalu,satu lawatan ke Daerah Kubang Pasu telah dilakukan oleh Prik Munacipality Office bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pentadbiran Daerah Sadao dan Daerah Kubang Pasu.Seramai lebih kurang 100 orang kakitangan Prik Munacipality Office hadir pada lawatan tersebut termasuk dengan Mayor of Prik Munacipality Office dan District Officer of Sadao.Aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut adalah seperti berikut:

1) Penerangan berkenaan Majlis Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Daerah Kubang Pasu
2) Perlawanan Bola Tampar Wanita
3) Perlawanan Bola Sepak Lelaki
4)Makan Malam


Program lawatan tersebut tamat pada jam 10 malam.


Khamis, 25 Oktober 2012

Dewan Wawasan


Salam Aidiladha 1433 Hijrah

Untuk makluman, sempena Hari Raya Aidiladha, pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu akan ditutup pada 
26 Oktober sehingga 28 Oktober 2012.

Pejabat akan dibuka dan beroperasi semula pada 29 Oktober 2012.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami di 

Majlis Daerah Kubang Pasu




Selasa, 4 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012

Tuan/Puan dijemput beramai-ramai untuk menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri 1433H/2012 anjuran PDKP,MDKP dan PTDKP esok,5 September,Rabu,Bermula Jam 1.00 tengahari hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Wawasan,Jitra.


Isnin, 27 Ogos 2012

Merdeka!



Majlis Daerah Kubang Pasu mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos 2012 ini.

Semoga kita mensyukuri segala rezeki dan keamanan di bumi Malaysia ini.

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H

Untuk makluman, sempena Hari Raya Aidilfitri, pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu akan ditutup pada 19 Ogos sehingga 20 Ogos 2012.

Pejabat akan dibuka dan beroperasi semula pada 21 Ogos 2012.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di 

Majlis Daerah Kubang Pasu

- Berhati - hati memandu ketika pulang berhari raya -


Isnin, 6 Ogos 2012

Iklan Jawatan Kosong - Ogos 2012


IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

NAMA JAWATAN                            : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
KLASIFIKASI                                   : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN     : SOKONGAN
TARAF JAWATAN                          : TETAP ( 8 KEKOSONGAN )

JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM
(RM SEBULAN)
GRED GAJI
PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

N17
P1
P2
P3
927.03
985.15
1,044.97
2,526.03
2,662.93
2,804.68

95.00

SYARAT LANTIKAN

1.         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia.
            (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
             (c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

                      (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1: RM927.03); atau 

                 (ii) Sijil  Perancang  Bandar  dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau           
                      Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                      (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1: RM1,209.02); atau

                 (iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan.

                       (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1: RM1,321.85); atau

(iv) Sijil  dalam  bidang kejuruteraan  ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah    yang diiktiraf  oleh  kerajaan  daripada   politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                        (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1: RM1,378.21);



-1-

Dan     (d) Kepujian   Bahasa  Malaysia/Bahasa Melayu  (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
                 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                 (Keutamaan  diberi  kepada  calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau
                  Mengambil trengkas)

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2.         Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentera Parlimen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

            (a)       (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
                        (ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
            (b)       berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


NAMA JAWATAN                            : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
KLASIFIKASI                                   : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN     : SOKONGAN
TARAF JAWATAN                          : TETAP ( 1 KEKOSONGAN )

JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM
(RM SEBULAN)
GRED GAJI
PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

W17
P1
P2
P3
928.74
986.85
1,046.67
2,527.73
2,664.63
2,806.39

95.00

SYARAT LANTIKAN

1.         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia.
            (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
             (c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
                      serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;

                      (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1: RM928.74); atau

(ii) Sijil  Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan     (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang  diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                        (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1: RM985.13); atau

      (iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi                    (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                         (Gaji permulaan ialah pada gred W17: P1: RM1,154.33); atau

                  (iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan:

                         (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1: RM1,379.92);

-1-


Dan     (d) Kepujian  Bahasa  Malaysia/Bahasa Melayu  (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
                  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:

1.         Permohonan      hendaklah    menggunakan   Borang  MDKP  Am 1  (dikenakan  bayaran  RM   5.00 sekeping)  boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11 cm X 22 cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di bahagian Pentadbiran Majlis     Daerah     Kubang   Pasu,   Komplek   Pentadbiran   Daerah   Kubang   Pasu,   06000  Jitra, Kedah Darul Aman.

2.         Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan

3.         Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen berikut:-
           
(a)  Gambar berukuran passport
            (b)  Salinan Sijil Kelahiran
            (c)  Salinan Kad Pengenalan
            (d)  Salinan Sijil Peperiksaan
            (e)  Lain-lain Sijil yang berkenaan

4.         Setiap  salinan  dokumen  di  atas  hendaklah  diakui sah oleh pegawai kerajaan kumpulan A
            atau Penghulu

5.         Permohonan  yang  tidak  lengkap,   tidak  jelas  dan  tidak  mengikut  peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:
           
            Yang DiPertua
            Majlis Daerah Kubang Pasu
            Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
            06000 Jitra
            Kedah Darul Aman.

6.         Tarikh tutup permohonan ialah pada : 23 Ogos 2012

Selasa, 10 Julai 2012

Majlis Pelancaran Taman Contoh,Taman Suasana Permai


Majlis Pelancaran Taman Contoh Taman Suasana Permai


Tarikh : 15 Julai 2012
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat : Padang Awam,Taman Suasana Permai
Perasmian oleh : YB. Dato’ Haji IR. Phahrolrazi Bin Haji Mohd Zawawi,DSDK
  Exco Perumahan,Kerajaan Tempatan,Kerja Raya,Bekalan Air,
  Sumber Air dan Tenaga


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :

·         Pemberian tong sampah Mobile Garbage Bin (MGB) 120 liter kepada penduduk oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
·        Cabutan Bertuah kepada orang ramai
·        Pemeriksaan kesihatan percuma
·        Gotong-royong






Khamis, 5 Julai 2012

Majlis Ilmu Anjuran Majlis Daerah Kubang Pasu

Orang ramai adalah dijemput beramai-ramai ke Majlis Ilmu anjuran pihak Majlis Daerah Kubang Pasu bermula 6 Julai 2012 dan akan diadakan setiap jumaat jam 9 pagi hingga 11 pagi.


































Layari portal kami untuk mendapatkan jadual lengkap             

Rabu, 13 Jun 2012

Bazar Ramadhan 2012


Jadual Pendaftaran serta Pengundian Tapak Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2012/1433H Anjuran Majlis Daerah Kubang Pasu adalah seperti berikut:


LOKASI                            TARIKH

SUNGAI KOROK                  20.6.2012

NAPOH / HOSBA                  21.6.2012

TAMAN MAHSURI                24.6.2012

KERPAN                                 25.6.2012

AIR HITAM                             26.6.2012

CHANGLOON                        27.6.2012

BATU 17, TUNJANG              28.6.2012

KEPALA BATAS                     1.7.2012

TAMAN SURIA                       2.7.2012


Syarat-Syarat Lesen serta Kadar Bayaran boleh disemak di portal Majlis Daerah Kubang Pasu mulai 13 Jun 2012.

Harap Maklum.



Selasa, 5 Jun 2012

Iklan Jawatan Kosong Jun 2012

Iklan Jawatan Kosong bagi Jun 2012 kini

 boleh dimuat turun melalui portal Majlis Daerah Kubang Pasu.

Harap Maklum

Isnin, 28 Mei 2012

Program Ijtimak Mahabbah Bersama Ulama Kedah


Majlis Daerah Kubang Pasu akan menganjurkan

Program Ijtimak Mahabbah Bersama Ulama Kedah

Tarikh : 2 Jun 2012 Bersamaan 12 Rejab 1433H
Tempat : Dataran Darulaman,Bandar Darul Aman,Jitra,Kedah
Jam : 6.30 Petang

Semua Dijemput Hadir








Aturcara Program

6.30 Petang : Ketibaan Tetamu dan Para Ulama

7.30 Petang    : Solat Maghrib Berjemaah
                      : Solat Sunat Hajat dan Doa
                      : Solat Isyak Berjemaah

9.00 Malam    : Ucapan Pengerusi Majlis
                       : Bacaan Al-Quran
                       : Persembahan Nasyid
                       : Ucapan wakil-wakil Tuan Guru
                       : Ceramah Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa

12.00 Malam : Bersurai

Khamis, 26 April 2012

#Sesi Fotografi

Pada 19 April 2012 yang lepas telah diadakan satu sesi fotografi kepada kakitangan yang baru masuk untuk penyediaan kad kakitangan.


38 orang telah selesai mengikuti sesi tersebut.


Pihak Majlis mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada semua kakitangan yang baru ini.Ada lebih kurang 7-8 orang juga yang kebanyakannya dari Unit Parking.


Isnin, 16 April 2012

Menarik Di Kubang Pasu


Pelancongan Dan Rekreasi
Usaha mewujudkan kawasan rekreasi dan pelancongan dalam daerah ini adalah diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Kawasan rekreasi merupakan aktiviti riadah yang memerlukan kemudahan istirehat untuk orang ramai seperti hutan lipur, taman permainan, pantai dan sebagainya. Manakala pelancungan pula melibatkan tujuan dan aktiviti yang lebih luas menekankan kepada kawasan-kawasan yang menarik dengan rangkaian kemudahan yang baik seperti kawasan alam semulajadi, kawasan kemudahan membeli-belah, tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

Terdapat beberapa kawasan rekreasi yang telah dimajukan untuk keperluan penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu amnya dan penduduk luar khususnya. Di antara tempat-tempat yang telah dibangunkan adalah seperti :-
A) Rimba Rekreasi Bukit Wang
Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya. Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.
B) Gua Kerbau, Kodiang
Terletak di kaki Bukit Kepelu dan merupakan antara gua yang berpotensi dimajukan. Mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 5.33 hektar. Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.
C) Kompleks Perdagangan Bebas Cukai
Kompleks Perdagangan Bebas Cukai (Cergas Jaya) menawarkan berbagai barangan pada harga yang rendah berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Ianya terdiri daripada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi, ruang runcit, tempat letak kereta dan bazaar yang berdekatan dengan gerai-gerai. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kaunter penukaran wang, kaunter insuran, kantin dan gerai jualan. Di samping itu, terdapat juga gerai buah-buahan dan barangan dari Negara jiran Thailand. Pelancong-pelancong yang bertumpu di Bukit Kayu Hitam adalah terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand di samping dari Negara-negara lain yang turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.
D) Makam Puteri Lindungan Bulan
Terletak berdekatan Pekan Padang Sera. Makam ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan sesuai untuk dilawati
E) Makam Tengku Anom
Terletak di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang. Makam ini telah dikenalpasti oleh Muzium Negara sebagai kawasan sejarah dan usaha pemuliharaan serta pengekalan keindahan serta kebersihannya telahpun dilaksanakan.
F) Taman Rekreasi Air Darul Aman
Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.
G) Padang Golf
Di daerah Kubang Pasu terdapat 3 padang permainan golf yang mana telah dapat menyediakan kemudahan kepada peminat-peminat golf tempatan untuk beraktiviti. Black Forest Golf & Country Club terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam dengan kedududukannya bersempadan dengan Negara Thailand dan Darul Aman Golf & Country Club terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, masing-masing menyediakan kemudahan bermain golf 18 lubang kepada para pengunjung yang berminat. Manakala Kelab Golf Universiti Utara Malaysia, Sintok pula menyediakan kemudahan bermain golf 9 lubang. Disamping menyediakan kemudahan beriadah, pengunjung juga dapat menikmatai pemandangan serta udara segar di persekitaran yang sentiasa dipelihara.
H) Wat Siam Padang Sera
Merupakan tempat perayaan tahunan penganut-penganut agama budha bukan sahaja dari penganut tempatan malahan dari Negara asing seperti Thailand. Kawasan Wat Siam Padang Sera juga mempamerkan senibina menarik yang boleh dihayati oleh pengunjung-pengunjung yang berminat.
I) Universiti Utara Malaysia
Kawasan ini terletak dikawasan istimewa iaitu dalam kawasan Hutan simpan KESBAN, dan bersempadankan sempadan antarabangsa Negara Thailand. Dalam usaha pembangunan yang dijalan disekitar kampus UUM, ciri-ciri keindahan alam semulajadinya seperti hutan dan tumbuhan asal, sungai mengalir, dan tasik masih lagi dikekalkan. Universiti Utara Malaysia juga menawarkan tempat-tempat penginapan, iaitu Rumah Universiti dan Apartment yang bertaraf hotel di samping kolej kediaman yang boleh disewakan pada masa cuti semester. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Universiti ini memajukan kawasan hutan simpan seluas 107 hektar sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Wilayah Utara dengan mengadakan beberapa projek seperti padang golf 9 lubang, kawasan perkhemahan, lapang sasar memanah dan taman rusa.

Hubungi Kami

Majlis Daerah Kubang Pasu 
Alamat: Majlis Daerah Kubang Pasu,
Komplek Pentadbiran Daerah,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
No. Telefon: 04-9183300
No. Faksimile : 04-9174057
Emel: admin@mdkubangpasu.gov.my

Latar Belakang Kubang Pasu


Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II d atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai " Kubang Pasu Darul Qiyyam " atau " Negeri Yang Teguh Berdiri ".
Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara, daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat.
Daerah Kubang Pasu mempunyai keluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi). Sebahagian besar tanah daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% (33,773 hektar) tanah di daerah Kubang Pasu berada dalam kawasan MADA, manakala 65% (60,824 hektar) berada di luar kawasan MADA. Terdapat 21 mukim dalam daerah Kubang Pasu.