Daerah Kubang Pasu

Daerah Kubang Pasu merupakan Daerah yang terletak paling hujung di Negeri Kedah Darul Aman

Majlis Daerah Kubang Pasu

Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu,06000,Jitra,Kedah Darul Aman

Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia terletak di Sintok,Daerah Kubang Pasu

Dewan Wawasan,Daerah Kubang Pasu

Dewan Wawasan merupakan Dewan yang terbesar di Daerah Kubang Pasu.

Tasik Darul Aman

Tasik Buatan manusia yang terbesar di Daerah Kubang Pasu

Khamis, 26 April 2012

#Sesi Fotografi

Pada 19 April 2012 yang lepas telah diadakan satu sesi fotografi kepada kakitangan yang baru masuk untuk penyediaan kad kakitangan.


38 orang telah selesai mengikuti sesi tersebut.


Pihak Majlis mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada semua kakitangan yang baru ini.Ada lebih kurang 7-8 orang juga yang kebanyakannya dari Unit Parking.


Isnin, 16 April 2012

Menarik Di Kubang Pasu


Pelancongan Dan Rekreasi
Usaha mewujudkan kawasan rekreasi dan pelancongan dalam daerah ini adalah diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Kawasan rekreasi merupakan aktiviti riadah yang memerlukan kemudahan istirehat untuk orang ramai seperti hutan lipur, taman permainan, pantai dan sebagainya. Manakala pelancungan pula melibatkan tujuan dan aktiviti yang lebih luas menekankan kepada kawasan-kawasan yang menarik dengan rangkaian kemudahan yang baik seperti kawasan alam semulajadi, kawasan kemudahan membeli-belah, tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

Terdapat beberapa kawasan rekreasi yang telah dimajukan untuk keperluan penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu amnya dan penduduk luar khususnya. Di antara tempat-tempat yang telah dibangunkan adalah seperti :-
A) Rimba Rekreasi Bukit Wang
Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya. Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.
B) Gua Kerbau, Kodiang
Terletak di kaki Bukit Kepelu dan merupakan antara gua yang berpotensi dimajukan. Mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 5.33 hektar. Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.
C) Kompleks Perdagangan Bebas Cukai
Kompleks Perdagangan Bebas Cukai (Cergas Jaya) menawarkan berbagai barangan pada harga yang rendah berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Ianya terdiri daripada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi, ruang runcit, tempat letak kereta dan bazaar yang berdekatan dengan gerai-gerai. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kaunter penukaran wang, kaunter insuran, kantin dan gerai jualan. Di samping itu, terdapat juga gerai buah-buahan dan barangan dari Negara jiran Thailand. Pelancong-pelancong yang bertumpu di Bukit Kayu Hitam adalah terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand di samping dari Negara-negara lain yang turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.
D) Makam Puteri Lindungan Bulan
Terletak berdekatan Pekan Padang Sera. Makam ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan sesuai untuk dilawati
E) Makam Tengku Anom
Terletak di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang. Makam ini telah dikenalpasti oleh Muzium Negara sebagai kawasan sejarah dan usaha pemuliharaan serta pengekalan keindahan serta kebersihannya telahpun dilaksanakan.
F) Taman Rekreasi Air Darul Aman
Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.
G) Padang Golf
Di daerah Kubang Pasu terdapat 3 padang permainan golf yang mana telah dapat menyediakan kemudahan kepada peminat-peminat golf tempatan untuk beraktiviti. Black Forest Golf & Country Club terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam dengan kedududukannya bersempadan dengan Negara Thailand dan Darul Aman Golf & Country Club terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, masing-masing menyediakan kemudahan bermain golf 18 lubang kepada para pengunjung yang berminat. Manakala Kelab Golf Universiti Utara Malaysia, Sintok pula menyediakan kemudahan bermain golf 9 lubang. Disamping menyediakan kemudahan beriadah, pengunjung juga dapat menikmatai pemandangan serta udara segar di persekitaran yang sentiasa dipelihara.
H) Wat Siam Padang Sera
Merupakan tempat perayaan tahunan penganut-penganut agama budha bukan sahaja dari penganut tempatan malahan dari Negara asing seperti Thailand. Kawasan Wat Siam Padang Sera juga mempamerkan senibina menarik yang boleh dihayati oleh pengunjung-pengunjung yang berminat.
I) Universiti Utara Malaysia
Kawasan ini terletak dikawasan istimewa iaitu dalam kawasan Hutan simpan KESBAN, dan bersempadankan sempadan antarabangsa Negara Thailand. Dalam usaha pembangunan yang dijalan disekitar kampus UUM, ciri-ciri keindahan alam semulajadinya seperti hutan dan tumbuhan asal, sungai mengalir, dan tasik masih lagi dikekalkan. Universiti Utara Malaysia juga menawarkan tempat-tempat penginapan, iaitu Rumah Universiti dan Apartment yang bertaraf hotel di samping kolej kediaman yang boleh disewakan pada masa cuti semester. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Universiti ini memajukan kawasan hutan simpan seluas 107 hektar sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Wilayah Utara dengan mengadakan beberapa projek seperti padang golf 9 lubang, kawasan perkhemahan, lapang sasar memanah dan taman rusa.

Hubungi Kami

Majlis Daerah Kubang Pasu 
Alamat: Majlis Daerah Kubang Pasu,
Komplek Pentadbiran Daerah,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
No. Telefon: 04-9183300
No. Faksimile : 04-9174057
Emel: admin@mdkubangpasu.gov.my

Latar Belakang Kubang Pasu


Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II d atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai " Kubang Pasu Darul Qiyyam " atau " Negeri Yang Teguh Berdiri ".
Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara, daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat.
Daerah Kubang Pasu mempunyai keluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi). Sebahagian besar tanah daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% (33,773 hektar) tanah di daerah Kubang Pasu berada dalam kawasan MADA, manakala 65% (60,824 hektar) berada di luar kawasan MADA. Terdapat 21 mukim dalam daerah Kubang Pasu.